Wednesday, 23 April 2014

Alfalfa Shaklee

As-salam..



Alfalfa.
1st time dengar perkataan alfalfa ni masa kerja hotel 8 tahun lepas. Masa tu kena soal dengan manager sendiri tentang nama item di buffet counter."Alfalfa sprout". Sampai hari ni ingat.

Bila berjinak dengan shaklee, baru kenal alfalfa. Masa tu ambil alfalfa untuk banyakkan susu. But bila kaji, subhanallah..! Ada 1001 kebaikan ambil alfalfa. Dalam internet juga diwar-warkan bahawa alfalfa adalah raja segala makanan kerana kebaikannya.

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama yang dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Ia adalah produk signature Shaklee Corporation.

Pokok alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian di dalam tanah.Unikkan?



Dr. Shaklee memilih alfalfa sebagai supplement pertama kerana alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan alfalfa untuk pelbagai keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin.

Disebabkan alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada pelbagai lapisan usia, maka Dr. Shaklee merumuskan formula alfalfa dijadikan supplement alfalfa shaklee kerana memberi 1001 manfaat kepada manusia.

Kandungan Alfalfa Shaklee

  1. Vitamin
    • Vitamin A - baik untuk penglihatan. Sebagai pertahanan untuk jangkitan, terutama dalam salura pernafasan, menggalakkan pertumbuhan sel, serta menggalakkan kulit yang sihat.
    • Vitamin E - melindungi sel badan dari kerosakan akibat dari sinaran matahari dan pencemaran udara, baik untuk kesihatan jantung dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun tubuh, menguatkan otot, mengangkut nutrien ke dalam sel-sel badan, membantu menguatkan dinding pembuluh darah serta membantu fokus mata.
    • Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan dan mengelakkan ulser peptik di dalam perut yang selalu dialami oleh pesakit gastrik.
    • Vitamin B6 - membantu eliminasi sistem pencernaan dan metabolisma protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.
    • Vitamin K - penting untuk pembekuan darah, fungsi hati dan menyumbang kepada kecerdasan yang berpanjangan.
    • Vitamin D - membantu penyerapan kalsium yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan gigi dan tulang yang sihat dan kuat.                
                                                                                     
    2.Mineral
    • Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mengawal rentak jantung dan melegakan saraf.
    • Zat besi - elemen utama dalam pembentukan hemoglobin yang diperlukan untuk mengangkut oksigen dalam darah.
    • Kalium - diperlukan untuk saraf otot, jantung dan tindak balas enzim, pencernaan lemak.
    • Fosforus - penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan struktur gigi, membantu dalam tindakan kalsium dan vitamin D, meningkatkan peranan tisu saraf.
    • Klorida - elektrolit penting untuk membersihkan badan, mengawal metabolisma lemak, gula dan kanji
    • Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut
    • Magnesium - mengelakkan sembelit, merangsang fungsi otak.

    Keistimewaan Alfalfa Shaklee

    • Merupakan milk booster yang telah lama digunakan di benua Amerika.

    • Kaya dengan protein- 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Otot badan memerlukan protein dan kekurangan protein boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan.                                                                                                              
    • Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa yang bermutu tinggi dan ditanam di California-US tanpa menggunakan pertisid, racun kulat, bakteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.Alfalfa lain mungkin ditanam dengan tidak mementingkan teknologi hijau.                       
    • Boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi dan boleh bertindak sebagai jamu selepas bersalin.                                                                                           
    • Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti cirit birit dan panas                       
     

              Manfaat kegunaan Alfalfa Shaklee kepada tubuh

  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan kolesterol buruk "LDL" dalam darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Mengurangkan paras gula dalam darah
  • Mencegah edema ( bengkak air dalam badan)
  • Mengurangkan asma dan masalah pernafasan lain
  • Mengurangkan simtom menopause
  • Membantu merawat sembelit
  • Menyahkan toksik dalam badan
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Memperbanyakkan penghasilan susu ibu
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mnegurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Bertindak sebagai "kacip fatimah" kepada wanita
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
Cara pengambilan alfalfa shaklee
  • Selepas makan tengah hari : 2-5 biji
  • Selepas makan malam : 2-5 biji
  • Maksimum 10 biji sehari
  • WAJIB ambil 2-5 liter air sehari
  • Tidak boleh diambil bersama vitamin E


" Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan, atau merawat sebarang penyakit."

 Pm saya utk detail dan harga serta konsultansi percuma :

Fb : https://www.facebook.com/asyushahul
Pages :  https://www.facebook.com/pages/Dunia-vitamin-Bonda-Zara/1412140482372949
Blog : http://dunia-vitamin-bonda-zara.blogspot.com/
Sms/Wechat/whats app : 0196610411


Tuesday, 22 April 2014

Omega guard Shaklee



KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE

                     Diekstrak dari ikan air laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies)
                     Tidak dihasilkan dari minyak ikan yang mengandungi toksik
                     Mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
                     Satu-satunya minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA,DHA dan ALA.
                     Dihasilkan dengan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dimana proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk menyingkirkan plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

                     Imbang perubahan hormon PMS wanita
                     Melicinkan kulit
                     Mencegah salur darah dari tersumbat
                     Mengelakkan strok
                     Mengekalkan tekanan darah normal
                     Mengurangkan ketegangan urat leher
                     Megurangkan kolesterol
                     Mengurangkan sakit kepala dan migrain
                     Mencegah pembekuan darah
                     Mengawal obesiti
                     Baik untuk perkembangan bayi dan memori
                     Baik untuk sistem imun tubuh
                     Menyihatkan paru-paru
                     Meningkatkan seksual
                     Mencegah kanser payudara dan prostat
                     Baik untuk pesakit jantung dan buah pinggang
                     Menghindari tekanan emosi
                     Mencegah insomnia




Kenapa Omega Guard Shaklee


Untuk testimonial, sila klik disini
" Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan, atau merawat sebarang penyakit."
Pm saya utk detail dan harga serta konsultansi percuma :

Fb : https://www.facebook.com/asyushahul
Pages :  https://www.facebook.com/pages/Dunia-vitamin-Bonda-Zara/1412140482372949
Blog : http://dunia-vitamin-bonda-zara.blogspot.com/
Sms/Wechat/whats app : 0196610411

Saturday, 12 April 2014

Set kurus shaklee

As-salam..
Adakah anda masih kekal gemuk walaupun anda telah mencuba pelbagai cara utk kuruskan badan? Biar saya beritahu anda satu rahsia:

"Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu dan tak amalkan 8 cara asas untuk kuruskan badan anda."
Mohon terasa bagi sesiapa yg rasa dah mencuba pelbagai produk tapi tak kurus2..

Jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!
Bagaimana?
Teruskan bacaan anda...
Disini saya list semua 8 cara mudah utk kurus dengan berkesan..

1. Kawal Pemakanan Anda
Pastikan anda berhenti makan sebelum rasa kenyang atau terlalu kenyang. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.  Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula. Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama. Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda.
Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat! Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar. Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan. Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana?

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan! Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis. Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari. Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda. Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda. Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
 Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka.
Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!

8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari! Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

 Bagaimana kurus dengan set Shaklee??

Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak
Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.



Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.
Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.
Seperti yg telah saya terangkan tadi pada cara mudah utk kurus,
" Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein"
Untuk protein yang terbaik, saya syorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu saya syorkan mengambil ESP / Mealshakes..(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan)



Kenapa mesti mengambil protein?
Kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

Kawan-kawan mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee..Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal..Selain itu, set lain memerlukan kawan-kawan untuk berpantang..Mesti kawan-kawan tidak mahu seperti itu..Tapi ini bukan bermakna kawan-kawan tidak perlu pantang jika mengambil Set Shaklee..Cuma kawan-kawan perlu mengurangkan LEMAK dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER(sangat2 penting!!!) supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.
Ramai yang dah mencuba dan berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee..Anda bila lagi..

Pm saya utk detail dan harga :
Fb : https://www.facebook.com/asyushahul
Wechat dan whats app : 0196610411